SEJARAH


Sejarah Kampung Semop di Pulau Bruit

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang Kampung Semop. Kampung Semop terletak di dalam kepulauan Bruit yang berhampiran dengan Pekan Daro. Pulau Bruit merupakan sebuah pulau yang terbesar di negeri Sarawak. Pada asalnya pulau ini tidak mempunyai nama dan hanya dijadikan sebagai sebuah tempat untuk bercucuk tanam oleh penduduk yang tinggal ditanah besar. Tanah dikawasan pulau ini adalah sangat subur dan kesuburan ini masih kekal sehingga sekarang. Oleh kerana terkenal dengan kesuburan ini segelintir peneroka awal dari tanah besar telah membuka sebuah penempatan dipulau ini iaitu dikenali sebagai Kampung Bruit pada masa sekarang. Peneroka-peneroka ini membuka petempatan ini di muara sebuah sungai iaitu sungai Nyiuk. Peneroka-peneroka ini menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Pada masa tersebut boleh dikatakan rezeki dikawasan inisangat murah sehinggakan nelayan hanya perlu menangkap ikan di kawasan muara sungai sahaja dan pendapatannya sangat lumayan. Disebabkan keadaan yang sangat aman ini maka ramailah orang berpindah ke kawasan, ini maka wujudlah sebuah kampung yang mempunyai ramai penduduknya. Kehidupan di kampung ini sangat aman dan tenteram walaupun tiada ketua yang sah dikalangan mereka. Setiap permasalahan akan dibincang bersama bak kata pepatah “ berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing”. Didalam kampung ini terdapat seorang penduduk yang sangat rajin dan bekerja sebagai seorang nelayan. Dia merupakan seorang penduduk yang sangat bertanggungjawab, amanah dan sangat dihormati oleh semua penduduk kampung pada masa itu.

           Nama Kampung Semop berasal daripada nama sebuah sungai yang terletak di Hulu sungai Semop. Nama “Semop” ini diperolehi melalui seorang lelaki yang berasal dari Kampung Jemoreng yang bernama “Mahtong”. Mahtong ini pun bertanyalah dengan orang kampung dekat kawasan tersebut yang kampung ini namanya apa? Pada masa tersebut Tong sedang menghisap rokok dan melalui asap rokok tersebut orang kampung beritahu nama kampung tersebut sebagai “Smok” sempena asap rokok yang dihisap oleh Mr. Tong tersebut. Selain itu, Kampung Semop telah ditubuhkan pada tahun 1931. Pada permulaannya hanya terdapat 3 buah rumah yang dibina hanya secara suka-suka. Oleh sebab kebanyakan orang yang tinggal dikawasan tersebut banyak yang suka bercucuk tanam, lepas itu terus menarik perhatian orang di tempat lain untuk bercucuk tanam sekali sambil membina penempatan sendiri. Ini di sebabkan kawasan ini yang terletak di tepi muara sungai memudahkan orang kawasan ini menangkap ikan yang menjadi punca pendapatan selain bercucuk tanam. 

           Oleh itu, ini antara serba sedikit latar belakang mengenai Kampung Semop. Di sini saya sertakan sekali gambar yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment