Apa itu PI1M? :
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu inisiatif daripada suruhanjaya untuk menawarkan akses internet asas dan latihan ICT kepada pengguna di dalam area penduduk yang kurang berkemampuan. Salah satunya adalah di Kampung Semop, Sarawak di mana ianya merupakan salah satu perkampungan di area Pulau Bruit, Sarawak.
Matlamat PI1M :
Pusat Internet 1 Malaysia merupakan suatu inisiatif yang bertindak untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat iaitu melalui pendedahan teknologi maklumat dan perkhidmatan jalur lebar di kawasan yang kurang berkemampuan. Ia dilaksanakan bagi mencapai keseimbangan dalam pengetahuan ICT dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar. Ianya selaras dengan usaha kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan.
Lokasi :
Pusat Internet 1 Malaysia di Kampung Semop adalah di Kampung Semop Hulu berdekatan dengan Jeti Sekolah.
Keahlian :
Untuk menjadi ahli, para pengguna boleh mendaftar dengan bayaran sebanyak RM5 sahaja bagi keahlian seumur hidup. Keistemewaan menjadi ahli adalah pengguna akan memperolehi diskaun bayaran sebanyak 50% sekiranya menggunakan internet /jam.
Waktu Beroperasi :
Pusat Internet 1 Malaysia Semop akan beroperasi pada setiap hari kecuali CUTI UMUM
Hari : Isnin - Ahad
Jam : 0900-1800
Waktu Rehat : 1300-1400